Friday, March 9, 2012

sendiriku di malam ini
merenung bintang di langit
tiba-tiba ku terpandang satu bintang
yang bekerlipan
seolah-olah memanggilku
untuk memetiknya sebagai cahaya
namun aku sedar
begitu mustahil untukku menyentuhnya
apatah lagi memetiknya
biarlah aku melihat dari bumi sahaja cahayanya itu
untukku jadikan tatapan 
pada setiap malamku.