Lens 50mm f/1.8 juga dikenali dengan
banyak nama seperti prime lens, fix lens, fast lens dan portrait
lens. Pengeluar kamera DSLR seperti Nikon dan Canon ada mengeluarkan
lens ini. Berikut adalah nama dan model lens ini:
1. Nikon AF 50mm f/1.8 D
2. Canon 50mm f/1.8 EF II
Lens 50mm f/1.8 ini dapat memberikan
anda kualiti gambar yang baik dan ianya murah bukan kerana lens ini
tidak bagus tetapi kerana ianya mudah untuk dibuat.
Lens 50mm f/1.8 sesuai digunakan apabila
cahaya persekitaran tidak mencukupi dan untuk mendapatkan bokeh atau
latarbelakang blur seperti gambar di atas. Kebanyakan jurugambar
perkahwinan akan menggunakan lens ini kerana harganya murah dan dapat
memberikan hasil gambar yang cantik.
Kebanyakan jurugambar akan berbelanja
beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan kamera mahal yang mempunyai ISO
tinggi untuk mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya. Padahal
dengan menggunakan lens yang murah seperti lens 50mm f/1.8 ini dengan
kamera DSLR yg sederhana mahal, mereka juga akan mendapat hasil yang
setanding dengan kamera mahal.
Apa yang penting bagi kamera ialah
sebanyak mana cahaya yang boleh dikumpul oleh lens. Jika lens mengumpul
lebih banyak cahaya, maka kamera boleh berfungsi pada ISO yang rendah
pada tetapan Shutter Speed yang sama dan pada keadaan cahaya yang sama.
Kebanyakan jurugambar biasa/casual
menggunakan lens zoom, dan lens ini adalah baik untuk waktu siang,
tetapi akan menghadapi masalah apabila hari semakin gelap dan tanpa
flash. Ini kerana lens zoom yang biasa mempunyai aperture terbesar
antara f/3.5 hingga f/5.6.
Lens zoom professional berharga lebih
kurang RM7,500 dan mempunyai aperture f/2.8. Dengan aperture ini, lebih
banyak cahaya akan masuk, tetapi masih hanya sebahagian cahaya sahaja
jika dibandingkan dengan lens 50mm f/1.8. Lens 50mm f/1.8 ini akan
mengumpulkan lebih banyak cahaya berbanding lens zoom professional
f/2.8.
Sedikit Tentang F/Stop
F/stop bermaksud diameter bukaan pada
sesuatu lens. Ianya adalah satu pecahan. F/2 bermaksud diameter bukaan
lubang pada lens ialah F/2 mm. F di sini membawa maksud Focal Length.
Sebagai contoh, untuk lens 50mm (Focal Length 50mm),
F ialah 50mm, jadi F/2 bermaksud 50mm/2, bersamaan 25mm
F ialah 50mm, jadi F/4 bermaksud 50mm/4, bersamaan 12.5mm
Jadi sekarang anda tahu sebabnya mengapa
apabila anda menggunakan Aperture F/22, maka gambar anda akan menjadi
gelap. Kerana F/22 bermaksud 50/22 (pada lens 50mm), bersamaan 2.27mm.
Diameter bukaan pada lens hanyalah 2.27mm sahaja.
Oleh itu untuk mengambil gambar kahwin
dan mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya dan dengan harga yang
murah, maka lens Nikon AF 50mm f/1.8 D dan Canon 50mm f/1.8 EF II amatlah disyorkan.