Friday, January 27, 2012

Boleh Ke Pakai Lens 50mm Untuk Kamera Nikon D3100?


Bagi anda yang baru berjinak dengan kamera DSLR dan baru saja membeli kamera Nikon D3100, anda mungkin tertanya-tanya lens apakah yang sesuai untuk dipakai dengan kamera D3100 anda. Mungkin salah satu soalan anda ialah “Boleh Ke Pakai Lens 50mm Untuk Kamera Nikon D3100?

Jawapan bagi soalan ini ialah BOLEH. Pada masa ini terdapat 2 jenis lens 50mm (yang berharga bawah RM1,000) iaitu :

1. Nikon 50mm f/1.8D AF Nikkor Autofocus Lens (RM390.00)
2. Nikon 50mm f/1.8G AF Nikkor Autofocus Lens (RM750.00)

Kedua-dua lens ini anda boleh gunakan pada kamera Nikon D3100 anda. Tetapi, dengan lens Nikon 50mm f/1.8D  fungsi autofokus tidak boleh digunakan kerana lens ini tidak mempunyai motor. Untuk memfokus, anda perlu membuatnya secara manual.

Untuk pengetahuan anda, kamera Nikon D3100 adalah kamera Nikon yang tidak mempunyai fungsi built-in autofocus motor di dalam badannya, begitu juga kamera Nikon D5100.

Jadi apabila seseorang pengguna kamera Nikon D3100 atau D5100 mahukan fungsi autofocus boleh digunakan pada kamera beliau, maka beliau perlu membeli lens yang mempunyai huruf ‘G’ pada lens, seperti lens AF-S NIKKOR 50mm f/1.8G.

No comments: