Friday, July 15, 2011
Meet Uncle Hussain - Pokok
A
Tersesat malu bertanya
E
Tak tahu tak tahu kemana
A
Terlalu banyak alasannya
E
Duduk terdiam
A E
Menyusur dikaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
A E
tersentuh hati bagai luruh
Chorus:
Bm A E F#m
Tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
Bm A
Terbang burung terbang patah sayap diduga
E F#m A
Seandainya rebah kau masih ada
A E
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
A E
Terlalu banyak alasannya
E
Duduk terdiam
A E
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
A E
Tersentuh hati mula luruh
Chorus:
Bm A E F#m
Tanya sama pokok apa sebab goyang jawab angin yang goncang
Bm A
Terbang burung terbang patah sayap diduga
E F#m A
Seandainya rebah kau masih ada
A E
nanana.. nananana..
A E
nanana.. nananana..
Bm
kau masih ada..
A
kau masih ada..
E
kau masih ada..
F#m A
kau masih adaaaaa...... ooooooooo
A E
Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yg belum
A E
Terlalu banyk alasannya
E
Duduk terdiam
A E
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
A E
Tersentuh hati mula luruh
Bm A
tanya sama pokok......
Thursday, July 14, 2011
Apa itu filter
Penggunaan filter dapat menambahkan efek khas kepada lens anda. Memahami bagaimana filter berfungsi akan mampu melengkapkan anda dengan kebolehan untuk mendapatkan gambar 'magik' yang anda mahukan. Kebanyakan lens boleh ditambahkan dengan filter; selalunya dengan jenis screw-in filter pada bahagian hadapan lens. Terdapat juga lens yang hanya boleh dipasangkan dengan filter pada bahagian belakang lens tersebut.
Penggunaan filter dilihat semakin berkurangan dalam zaman digital fotografi kini kerana adalah lebih mudah untuk melakukan perubahan tersebut ketika post-produksi berbanding menggunakan filter ketika sesi mengambil gambar. Walaupun kenyataan ini ada kebenarannya, namun masih terdapat beberapa efek yang tidak boleh dihasilkan ketika proses post-produksi dan di sinilah penggunaan filter memainkan peranan.
Tujuan pengunaan filter
Terdapat beberapa tujuan mengapa sesuatu filter itu digunakan dan di antaranya adalah untuk: meningkat kontrast, mengubah exposure, merakamkan sumber cahaya terwujud atau mengurangkan kesan refleksi/pantulan.
Jenis Filter & Fungsinya
Terdapat beberapa kategori filter untuk lens kamera dan sesetengah daripadanya memberikan kesan berlainan. Berikut adalah jenis lens yang kebanyakannya digunakan oleh jurufoto:
Protective Filter
UV Filter
- menyerap cahaya Ultraviolet atau cahaya lembayung ungu yang merupakan cahaya yang kelihatan oleh mata manusia.
- mengurangkan kekaburan, seperti pada permukaan gunung-ganang dan sekitar kawasan persisiran pantai; lalu memberikan gambar yang lebih bersih, jelas dan tajam.
- Ipelindung tetap kepada lens oleh kebanyakan jurufoto daripada kesan calar, habuk, cuaca atau kemalangan yang tidak diingini jika terjatuh lens.
- memberikan kesan sampingan secara visual kepada gambar yang diambil
![]() |
HOYA HMC 72mm UV Filter |
![]() |
Perbezaan ketika menggunakan UV Filter pada lens |
- Sky Filter - Filter ini berfungsi untuk mengurangkan kesan tona kemerah-merahan dalam outdoor fotografi. Ia mengekalkan tona kulit semulajadi dan mengelakkan kesan refleksi dari objek berhampiran subjek. Ia juga turut berguna sebagai pelindung kepada lens.
- Clear Protector Filter - Filter ini seakan-akan UV filter namun tidak mampu menyerap cahaya UV. Ia merupakan cermin lutsinar yang berfungsi sebagai pelindung kepada kebanyakan lens dari mengalami kerosakan kepada kanta hadapan yang diakibatkan oleh habuk, calar dan objek tajam.
- Circular Polarizer - Polarizer filter mempunyai banyak kegunaan dan merupakan antara filter kegemaran yang harus dimiliki oleh seorang jurufoto. Kebanyakan polarizer filter berbentuk bulat dan dipanggil Pol-Cir atau CPL filter. Ia sangat penting untuk kegunaan outdoor fotografi kerana ia membantu meningkat contrast & saturation pada langit biru sekaligus mengurangkan kekaburan. Ia akan menggelapkan warna langit sambil mengekalkan warna putih awan. Ia juga dapat mengurangkan/menghilangkan kesan pantulan/refleksi pada permukaan bukan logam seperti cermin atau air. Kedua-dua kesan ini tidak boleh dihasilkan ketika post-produksi seterusnya menjadikan filter ini suatu alat yang berguna kepada jurufoto sehingga ke hari ini. Tahap keberkesanan polarizer ini dipengaruhi dengan memutarkan lapisan luar pada filter ini. Circular Polarizer selalu digunakan bersama dengan kamera yang mempunyai auto fokus.
![]() |
Kaesemann 62mm Circular Polarizer B+W Coated Glass |
![]() |
Perbezaan - Gambar kiri adalah tanpa penggunaan polarizer dan gambar kanan menggunakan Polarizer Filter |
- Linear Polarizer - Seperti mana juga circular polarizer, Linear polarizer juga mempunyai fungsi yang sama iaitu meningkatkan contrast & saturation pada langit biru, menghilangkan kesan pantulan/refleksi apda permukaan bukan logam seperti cermin & air. Yang membezakan cara ia berfungsi adalah bagaimana cahaya diserakkan oleh linear polarizer berbanding circular polarizer. Linear Polarizer selalunya digunakan bersama dengan kamera yang tidal mempunyai auto fokus.
Natural Density Filter
- Natural Density Filter - Neutral Density filter atau ND Filter adalah filter yang digunakan untuk mengawal masa 'exposure'. Filter ini digunakan untuk mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera (mengurangkan cahaya mengenai sensor) sekaligus membolehkan seorang jurufoto menggunakan kamera dengan tetapan aperture yang besar dalam tempoh masa (shutter speed) yang lama; yang mana mustahil untuk dilakukan pada waktu siang. Sebagai contoh: seorang jurufoto mampu mengambil gambar air terjun dengan kelajuan shutter speed yang perlahan pada waktu siang - tanpa ND filter, kebanyakan lens tidak mampu menggunakan aperture yang cukup kecil untuk mendapatkan masa exposure yang lama. namun dengan ND filter dipasang pada lens, seorang jurufoto boleh menggabungkan kombinasi aperture dan shutter speed yang diingininya. Penggunaan ND filter juga menghilangkan kesan 'terlampau silau' pada gambar. Natural Density filter mempunyai kepekatan 'kesan menghalang cahaya' seperti berikut: dari ND2, ND4, ND8, ND16, ND32, ND64, ND128, ND256, ND512, ND1024, ND2048, ND4096 & ND8192 yang mana turut mempengaruhi akan f-stop cahaya yang masuk ke dalam lens.
![]() |
Natural Density Filter dalam bentuk circular dan segiempat |
![]() |
ND Filter dapat membantu dalam mengawal masa 'exposure' yang panjang bagi mendapatkan efek seperti di atas. Exif: EOS 400D | 50mm | f/10 | 30s | ISO 100 |
- Graduated Natural Density Filter - Filter ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Natural Density filter yang biasa namun terdapat perbezaan ketara di mana ianya tidak memberikan efek kepada keseluruhan filter. kesan ND adalah secara gradual/ berkurangan dan sangat berguna jika seseorang jurufoto mahu mendapatkan warna langit yang gelap tanpa memberikan kesan kepada foreground. Terdapat dua jenis Graduated ND Filter iaitu Hard Edge & Soft Edge.Graduated ND Filter 'Hard Edge' digunakan jika terdapat perbezaan ketara dalam kecerahan. Sebagai contoh, sebuah padang yang berhorizontal dengan langit yang cerah. Manakala Graduated ND filter 'Soft Edge' digunakan apabila terdapat 'kurangnya' beza ketara antara kawasan yang cerah dengan kawasan yang gelap. Sebagai contoh, Garis permukaan gunung dengan langit. Kebanyakan Graduated ND filter datang dalam bentuk segiempat tepat dan mempunyai pemegang khas untuk meletakkannya di hadapan lens.
![]() |
Perbezaan antara Soft Edge Graduated ND filter & Hard Edge Graduated ND filter |
![]() |
Contoh Graduated ND Filter dipasang pada kamera |
![]() |
Kesan pengunaan Graduated ND Filter jenis 'Soft Edge' |
Special Effect Filter
- Cross Screen, Soft Screen, Star 4, Star 6, Star 8
- Closed-up Filter
- Split Field Filter
- Special Effect, MultiVision & Mirage Filter
- Pop Filters Set
- Rainbow Spot Filter
- Dual Image Filter
- Sepia Filter
- Zoom Spot & Misty Spot Filter
- Center Spot, Soft Spot & Color Spot Filter
- Softener Filter
- Infrared (IR) Pass Filter
- Intensifier Filter
- Portrait, Duto, Diffusion & Spot Diffuser Filter
- Fog A & B Filter
- Color, Vario PL, Fantasy & Tri Color Filter
- Half Colored & Gradual Color FilterFL-W, FL-B, FL-D & Special Fluorescent
- 80A, 80B & 80C Filter
- 81A, 81B & 81C Filter
- 82A, 82B & 82C Filter
- 85A, 85B & 85C Filter
- Adapter Ring
- Adapter Tubes
- Conversion Ring & Conversion Adapter
- Lens Caps
- Rear Lens Cap & Body Cap
- Macro Reversing Lens Ring
- Empty Camera Filter Ring
- Filter Stackers
- Filter Wallets & Lens Pen
- Lens Hood
- Spacer Rings
- Camera Cords
Tuesday, July 12, 2011
Segitiga Exposure
Tiga elemen tersebut adalah:
- ISO - Ukuran kepada tahap kepekaan sensor dalam digital kamera terhadap cahaya
- Aperture - Saiz bukaan 'shutter' ketika gambar diambil
- Shutter speed - Jumlah masa 'shutter' dibuka
Sekiranya kita mengubah nilai salah satu elemen, maka ia akan mempengaruhi atau memberi impak kepada nilai elemen yang lain jika mahu mendapatkan 'exposure' yang tepat bagi sesuatu gambar.
3 perumpamaan yang boleh menerangkan kaitan elemen dalam Segitiga Exposure:
Kebanyakan orang cuba menerangkan perkaitan di antara ISO, Aperture dan Shutter speed menggunakan perumpamaan yang berlainan untuk memudahkan kita memahami konsep untuk mendapatkan 'exposure' yang tepat. Harus diingat bahawa - ini hanya sekadar perumpamaan - ia bukan penerangan yang sempurna dan hanya sekadar sebagai tujuan ilustrasi:
Jendela
Cuba bayangkan kamera kita seperti sebuah jendela dengan 'shutter' yang sentiasa terbuka dan tertutup. Aperture merujuk kepada saiz pintu tersebut. Sekiranya besar maka cahaya boleh menembusinya dan bilik akan menjadi terang.
Shutter speed pula merujuk kepada jumlah masa diambil untuk 'shutter' jendela tersebut terbuka. Semakin lama masa diambil, semakin banyak cahaya yang masuk.
Sekarang, bayangkan anda berada di dalam bilik tersebut dan sedang memakai cermin mata hitam. Mata kita akan merasakan cahaya yang melalui jendela tersebut tidak mencukupi (keadaan seperti menggunakan ISO rendah).
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan jumlah cahaya di dalam bilik tersebut. Anda boleh meningkatkan jumlah masa 'shutter' terbuka (mengurangkan jumlah shutter speed), anda boleh menambahkan saiz jendela (meningkatkan Aperture) atau anda boleh menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai (meningkatkan ISO).
Okay - ini bukan perumpamaan yang tepat namun ia boleh memberikan idea kepada anda bagaimana ketiga-tiga elemen ini berinteraksi.
![]() |
Rajah 1 : Segitiga Exposure |
Apa itu ISO?
Tetapan ISO tinggi selalunya digunakan dalam keadaan kehadiran cahaya yang kurang untuk mendapatkan 'shutter speed' yang cepat (contoh: Anda ingin memberhentikan gerakan seorang pemain futsal yang bermain di dalam gelanggang tertutup yang kekurangan cahaya) - Ianya berhasil namun ianya menyebabkan kehadiran 'Noise' yang nyata pada gambar.
Gambar di bawah menunjukkan perbezaan di antara penggunaan ISO yang berlainan - Rajah di sebelah kiri menggunakan ketetapan ISO 100, manakala rajah di kanan menggunakan ketetapan ISO 3200.

Apabila kita melakukan 'override' kepada tetapan ISO di kamera kita secara spesifik, anda akan dapati ianya turut mempengaruhi 'Aperture' dan 'Shutter speed' yang diperlukan untuk mendapat gambar dengan 'exposure' yang tepat.
Sebagai contoh - sekiranya anda menaikkan nilai ISO 100 kepada ISO 400, anda akan dapati bahawa anda boleh mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih tinggi (lebih cepat) dan/atau menggunakan 'aperture' lebih kecil. Apabila memilih tetapan ISO secara manual, cuba tanya diri anda sendiri mengenai 4 soalan di bawah:
- Cahaya - adakah subjek mendapat cukup cahaya?
- Grain - Adakah anda mahukan gambar dengan noise atau tidak?
- Tripod - Adakah anda menggunakan tripod?
- Pergerakkan - Adakah subjek anda bergerak atau dalam keadaan statik?
Bagaimanapun, sekiranya penataan cahaya tidak baik, mahukan gambar dengan sedikit 'noise' yang tinggi, tidak mempunyai tripod dan/atau subjek anda mempunyai pergerakan - anda seharusnya meninggikan tetapan ISO (mengikut keperluan) agar mendapat dedahan 'exposure' yang mencukupi kerana dengan ISO yang tinggi ia akan membolehkan anda mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih pantas.
Namun begitu, anda harus ingat bahawa menggunakan tetapan ISO yang tinggi akan meningkatkan kehadiran 'noise' di dalam gambar anda. Berikut adalah beberapa situasi yang mana memerlukan anda meningkatkan tetapan ISO kepada nilai yang lebih tinggi:
- Indoor Sports - Subjek yang bergerak pantas di samping sumber cahaya yang kurang
- Konsert - Keadaan kekurangan cahaya dan kadangkala larangan penggunaan flash (no flash zone)
- Galeri Seni, Tempat ibadat - Kebanyakan galeri mempunyai peraturan melarang penggunaan flash dan keadaan kekurangan cahaya
- Parti Hari Jadi - Meniup lilin dalam bilik yang gelap mampu memberikan mood gambar yang baik dan akan terjejas jika menggunakan flash. Meningkatkan ISO mampu membantu dalam mendapatkan gambar tersebut.
Bilakah ISO anda dianggap terlalu rendah?
Bagaimanakah anda tahu bahawa ISO anda adalah terlalu rendah? Idea dalam pengunaan ISO adalah dengan menggunakan ISO terendah yang dimiliki oleh kamera anda untuk mendapat kualiti imej yang terbaik, namun menetapkan tetapan ISO yang rendah bermakna shutter speed yang anda perolehi 'berkemungkinan' dianggap terlalu panjang untuk mendapat exposure / dedahan yang tepat.
Sebagai contoh bahawa anda sedang mengambil gambar sukan di mana ianya memerlukan pengunaan shutter speed yang pantas untuk merakamkan aksi tersebut dan anda telah menggunakan aperture terbesar yang tersedia, namun masih mendapat gambar yang kabur. Anda menetapkan ISO kepada ISO 100 untuk mendapatkan kualiti imej terbaik namun shutter speed terpantas yang anda perolehi hanya 1/60s di mana ia dianggap 'kurang pantas'.
Dalam keadaan ini, tetapan ISO inilah yang dikatakan 'ISO dianggap terlalu rendah'. Jika anda menetapkan ISO kepada ISO 200, yang mana masih memberikan anda kualiti imej yang agak baik dan memberikan anda akses kepada shutter speed lebih pantas iaitu 1/125s (sekali ganda lebih pantas daripada shutter speed untuk tetapan ISO 100) dan membolehkan anda untuk 'memberhentikan' aksi tersebut.
Apa itu Shutter Speed?
Dalam fotografi filem pula membawa maksud; seberapa lama masa filem terdedah kepada subjek/objek yang mahu dirakamkan dan begitu juga dengan fotografi digital; seberapa lama masa sensor 'melihat' akan subjek/objek yang mahu dirakamkan.
Di bawah adalah penerangan secara ringkas mengenainya:
- Shutter speed diukur dalam unit saat (s) - dan dalam kebanyakkan masa dalam sebahagian daripada 'sepersaat' masa. Semakin besar nombor dalam sepersaat itu, maka makin cepatlah shutter speed dikatakan (cth 1/125s adalah lebih cepat berbanding 1/30s).
- Dalam kebanyakan keadaan, kita sering kali menggunakan tetapan shutter speed seperti 1/60s daripada sesaat atau lebih cepat lagi. Ini adalah kerana, sebarang tetapan lurang daripada dinyatakan di atas adalah sukar digunakan kerana sebarang pergerakan kecil oleh kamera ketika shutter terbuka akan menghasilkan kesan kabur atau 'blur' pada gambar.
- Jika anda mahu menggunakan shutter speed yang perlahan (sebarang tetapan shutter speed yang kurang daripada 1/60s) anda memerlukan penggunaan tripod atau penggunaan fungsi khas 'image stabilization' (banyak kamera atau lensa pada masa ini mempunyai fungsi yang disebutkan).
- Shutter speed yang boleh diperolehi oleh kamera anda dengan setiap setting berikut akan meningkat sekali ganda (anggaran) - 1/500s, 1/250s, 1/60s, 1/30s, 1/15s, 1/8s, dsb. Harus diingat bahawa, kesan gandaan kepada aperture juga memberikan kesan jumlah cahaya yang turut dibenarkan masuk ke dalam kamera - jika shutter speed ditingkatkan sebanyak 1 stop dan aperture diturunkan sebanyak 1 stop maka seseorang itu akan memperolehi tahap exposure yang sama.
- Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada shutter speed yang lebih perlahan yang mana ianya bukan sebahagian daripada sepersaat tetapi diukur dalam bentuk saat (contoh: 1 saat, 10 saat, 30 saat, dsb). Ini digunakan dalam keadaan pencahayaan yang kurang apabila anda cuba mendapatkan kesan atau/dan efek pergerakan yang banyak dalam satu-satu rakaman gambar. Sesetengah kamera juga memberikan akses kepada mod 'Bulb' atau mod 'B'. Mod bulb membolehkan shutter dibuka selama mungkin sehinggalah butang shutter dilepaskan.
- Apabila memikirkan apakah tetapan shutter yang mahu digunakan, fikirkan juga perkara berikut - adakah terdapat pergerakan pada subjek/objek dan bagaimanakah 'pergerakan' tersebut mahu dirakamkan? Jika terdapat keadaan di mana kita perlu memilih untuk sama ada 'memberhentikan' pergerakkan tersebut (seakan-akan terhenti) atau membiarkan pergerakkan tersebut tampak kabur atau 'blur' (memberikan kesan pergerakkan pada subjek/objek).
- Jika mahu memberhentikan pergerakkan sesuatu subjek/objek dalam imej yang mahu dirakamkan, shutter speed yang pantas diperlukan. Sekiranya mahu memberikan kesan 'blur' kepada pegerakan tersebut, maka tetapan shutter speed yang lebih perlahan diperlukan. Kecepatan 'shutter speed' yang mahu digunakan adalah bergantung kepada kecepatan pergerakan subjek/objek dalam rakaman anda atau seberapa banyak ia mahu di'blur'kan.
- Motion kadangkala bukanlah sesuatu yang tidak baik - Sesetengah orang selalu menggunakan shutter speed yang pantas untuk mengelakkan kewujudan blur di dalam gambar yang dirakamkan. Namun begitu, adalah masa dan ketika di mana kesan 'motion' memberikan kebaikan. Sebagai contoh - apabila anda mahu mengambil gambar air terjun dan mahu menunjukan seberapa deras aliran air tersebut, atau apabila mahu menunjukan kesan 'pergerakan' apabila merakamkan sesebuah kereta dalam sesuatu perlumbaan, atau apabila mengambil gambar bintang-bintang dan mahu menunjukan pergerakan bintang yang perlahan dalam satu tempoh masa. Dalam semua keadaan di atas, menggunakan tetapan shutter speed yang perlahan adalah satu-satunya cara yang diperlukan. Namun begitu, harus diingat bahawa pengunaan shutter speed yang perlahan memerlukan kepada penggunaan tripod untuk medapatkan kestabilan (mengelakkan berlaku getaran kepada kamera apabila gambar cuba dirakamkan).
- Focal Length & Shutter Speed - satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah kepanjangan 'focal length' yang digunakan. Semakin besar nilai focal length maka akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pergerakkan kamera dan shutter speed lebih pantas diperlukan (melainkan terdapat sistem Image Stabilization terbina dalam kamera atau lensa). 'Rule' of thumb perlu dipraktikkan apabila menggunakan lensa yang tidak mempunyai Image Stabilization bersama focal length; di mana ianya menyatakan jumlah shutter speed yang diperlukan mestilah melebih daripada panjang 'focal length' yang digunakan. Contohnya; sekiranya anda menggunakan lensa 50mm, maka tetapan shutter speed sebanyak 1/60s diperlukan (sekurang-kurangnya), tetapi jika anda menggunakan lensa dengan focal length seperti 200mm, berkemungkinan anda memerlukan tetapan shutter speed dalam lingkungan 1/250s atau lebih cepat lagi.

Shutter Speed -
Gunakan ia bersama-sama
Harus diingat bahawa sekiranya anda mengubah nilai tetapan shutter speed, salah satu daripada nilai tetapan pada aperture atau ISO turut perlu diubah menurut peraturan 'Segitiga Exposure' untuk mendapatkan dedahan exposure yang tepat.
Sebagai contoh - jika anda meningkatkan tetapan shutter speed sebanyak 1 stop (contoh: 1/125s kepada 1/250s) bermakna anda membolehkan hanya separuh cahaya yang memasuki ke dalam kamera. Untuk menyeimbangkan ia, maka anda perlulah menggunakan tetapan aperture lebih tinggi 1 stop (contoh: dari f/16 kepada f/11). Alternatif lain adalah, anda boleh menggunakan tetapan ISO lebih tinggi (contoh: menaikkan rating ISO 100 kepada ISO 400).
Apa itu Aperture?
Tetapan aperture yang anda pilih akan menentukan saiz bukaan tersebut. Semakin besar bukaan 'shutter' maka semakin banyak cahaya memasuki lens - semakin kecil bukaan 'shutter' maka semakin kurang jumlah cahaya yang memasuki lens. Aperture diukur dalam nilai 'f-stops'. Anda sering melihat ia dirujuk sebagai f/number - contoh: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/22, dsb.
Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/ mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama.
Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.

Rajah di atas menunjukkan perbezaan di antara 'Aperture Besar' Rajah 1 dan 'Aperture Kecil' Rajah 2. Perhatikan 'Aperture Besar' (f-number yang kecil) membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih besar.
Manakala pada 'Aperture Kecil' (f-number besar) anda dapat perhatikan bahawa cahaya tidak mudah memasuki kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih kecil.

Depth of Field & Aperture
Terdapat pelbagai hasil yang boleh anda perolehi sekiranya anda mengubah tetapan aperture pada kamera anda - namun yang paling ketara adalah kesan depth of field di dalam gambar yang anda ambil. Depth of Field (DOF) adalah jumlah pada gambar anda yang tampak berada di dalam keadaan fokus (ketajaman atau seberapa jelas).
Large depth of field membawa maksud hampir semua/kebanyakan gambar yang anda ambil adalah berada keadaan fokus tidak kira subjek tersebut berada dekat atau jauh dari kamera anda. Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture kecil (f-number besar) seperti f/22 - di mana foreground dan background subjek akan tampak fokus dan tajam.
Small depth of field pula membawa maksud hanya sebahagian daripada imej yang anda ambil berada dalam keadaan fokus dan selebihnya menjadi kabur (fuzzy). Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture besar (f-number kecil) seperti f/1.8 - di mana selalunya salah satu foreground/background akan berada dalam keadaan fokus.
Aperture memberikan impak yang besar terhadap depth of field. Aperture besar akan mengurangkan kesan depth of field manakala aperture kecil akan meninggikan kesan depth of field. Ini mungkin akan memberikan sedikit kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru, namun sedikit demi sedikit anda akan memahaminya. Cara mudah untuk mengingati kesan saiz aperture terhadap Depth of Field - nombor f-kecil (Aperture besar) bermaksud DOF kurang, nombor f-besar (Aperture kecil) bermaksud DOF banyak.
Thursday, June 16, 2011
Tuesday, June 14, 2011
Muda - Hujan
A Bm7 E7 A
A Bm7 E7 A
A Bm7
Tamatlah zaman persekolahan
E7 A
Ku masih dihantui memori
A Bm7
Waktu Kecil waktu yang gemilang
E7 A
Oh tuhan ku tak mahu pergi
chorus:
A Bm7
Alangkah indahnya dunia
Dmaj7
Bila kita semua
C#m7
Melangkah ke depan
A F#m7
Alangkah indahnya dunia
Bm7
Bila kita semua
E
Akan bersama selamanya
Bridge: A Bm7 E7 A
A Bm7
Ku tak lupa pelbagai peristiwa
E7 A
Waktu pergi mengaji
A Bm7
Ponteng karena ku macam tak biasa
E7 A
Wooooo
chorus: 2x
A Bm7
Alangkah indahnya dunia
Dmaj7
Bila kita semua
C#m7
Melangkah ke depan
A F#m7
Alangkah indahnya dunia
Bm7
Bila kita semua
E
Akan bersama selamanya
solo:
A Bm7 Dmaj7 C#m7
A F#m7 Bm7 E
chorus: 2x
A Bm7
Alangkah indahnya dunia
Dmaj7
Bila kita semua
C#m7
Melangkah ke depan
A F#m7
Alangkah indahnya dunia
Bm7
Bila kita semua
E
Akan bersama selamanya
Wednesday, May 18, 2011
Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah - Bab 8
BAB 8 : Perancangan Pengurusan BD Yg Berkesan
Corak Pengurusan BD yg Berkesan
BD perlu ada gabungan elemen fizikal emosi & sosial.
Murid2 mpy prbezaan dr segi matlamat, kebolhn & personaliti
Guru harus ambil kira faktor2 tsbut utk mbntuk 1 prsekitarn & pgurusn BD yg bkesan
Guna strategi bpustkn murid
Susnan klas diberi prhatian
o Meletakn murid yg lemah dgn yg pndai bolh buka pluang kpd murid yg lemah utk bljr drpd mrid pndai
o Murid yg pndai akn mgejek mrd lmah
o Mrid yg lemah kacau murid pndai
Perancangan guru perlu mantap dgn mgambilkira plbagai sudut
o Guru harus mpy pelan yg dbuat bdasrkn kekangan yg blh dijangka
Guru harus peka dgn emo & personaliti murid2
Guru harus mlgkapkn diri dgn ilmu pgtahuan drpd plbgai aspek
o Perlu diaplikasikn dlm stuasi sbnr
[1] KERJASAMA
· Hubungan guru – murid hrus dbina ats dsr kprcayaan ant 1 sma lain, mmahami khendak masing2 & berkbolhan utk bkomunikasi dgn baik
· Guru hrus mrancg dgn bkesan dgn mmasukn elemen krjasama antra murid – guru
o Guru brbncg dgn mrid ttg obj PnP yg ssuai
o Mbuat kontrak tgkh laku dgn murid utk mjamin pjalanan BD
o Bbncang dgn murid utk mlihat masalah yg bkal timbul
· Akt pmbljrn yg blainan mmerlukn corak pgurusan yg brlainan
· Krjasama bbeza mgikut thap umur
Pra/tahap 1 – guru mbrikn arahan scra langsug kpd murid
Akt yg sukar mmrlukn arahan yg trus pd mrid
Remaja – melibatkn pljr dlm mrgka praturan BD & bangkitkn smgt kekitaan.
[2] MATLAMAT PGURUSAN BD
Pngursan BD brlaku dgn baik |
Suasana pmbljrn yg konsusif |
Mrncg masa dgn efektif |
Pmbljran blaku dgn lancar |
Mrid mproses mklmt – ingatn – praktik – aplikasi |
[3] PERSEKITARAN BD YG KONDUSIF(rutin & praturan BD, prancangn ruang pmbljaran)
Untuk mwujdkn psekitarn BD yg +ve:
Rutin & praturan BD
i. Rutin BD
- mnerangkn cara utk mjlnkn akt dlm BD meliputi:
a. Rutin pntdbirn – khdran murid
b. Kkmasn BD – pnetapn jdual btgas
c. Rutin tugsan/kja rmh– bla dihntr
d. Interaksi guru- mrid – cra mnta bntuan
e. Pgaulan d dlm klas
- Panduan mnetapkn rutin
a. Tntukn rutin utk mrid mgmas BD
b. Pastikn mrid tau cra mjlnkn rutin
c. Latih murid mgenali isyrat guru
d. Rutin pglibatan mrid d dlm klas
e. Tentukn rutin tgasn murid
ii. Peraturan
- praturn menetapkn jgkaan & largn d dlm BD
- praturn msti slaras dgn prturn sek.
- jelas, mdah dfahami & dtrima o mrd
iii. Akibat
a. Mnunjukn rasa kcewa
b. Tarik blk keistimewaan
c. Penahanan
d. Dhantar ke blk GB/Pgetua
e. Mghubungi ibubapa/pnjaga
Perancangan Ruang Pembelajaran
- prlu mngandungi bhn c poster, kata2 motivasi, bhn rgsngan
- kdudukn krusi / meja murid
. cmprkn mrid yg aktif & pasif
. ruang hdpan–mrid yg prlukn phtian
-prgrkn gru prlu myeluruh d skitar ruang
-susunan scr klompok-mglakkn intraksi antra murid
. mblhkn murid bbncg, mluahkn pndpt, sling mbntu & bkngsi bhn sms grk keja kump.
-panduan mbina ruang pmbljran
1. knalpasti ruang pmbljrn/ rncg mgikut spesifikasi ruang
2. Tmpt pnympanan BBM snang diambil & trsusun
3. BD brsih,nyman,ssuai sbg tmpt bljar
4. Susun pralatan spya gru dpt mlihat/memantau murid
5. Ruang pmbljran mpyai pilihan & fleksibel
[4] MGEKALKN PRSKITARN BKESAN UTK PMBLJRN
LANGKAH2 PNYEDIAAN PELAN PRNCANGAN BD YG BKESAN
Dua prkara utama yg prlu diprtimbgkn olh gru dlm mbuat prcgn
o Persekitaran pmbljaran
o Komuniti murid yg diingini
Menetapkan prsekitaran pmbljaran ialah mbgn & mgekalkn pskitaran BD spy pmbljran yg bkesan blaku
Menetapkn jenis komuniti murid ialah mgasuh & mdidik murid spy btgkh laku utk mnymbg kpd pskitarn pmbljran yg kondusif
PRO MBINA PELAN PRCGN PGURUSN BD