Tetapan ISO tinggi selalunya digunakan dalam keadaan kehadiran cahaya yang kurang untuk mendapatkan 'shutter speed' yang cepat (contoh: Anda ingin memberhentikan gerakan seorang pemain futsal yang bermain di dalam gelanggang tertutup yang kekurangan cahaya) - Ianya berhasil namun ianya menyebabkan kehadiran 'Noise' yang nyata pada gambar.
Gambar di bawah menunjukkan perbezaan di antara penggunaan ISO yang berlainan - Rajah di sebelah kiri menggunakan ketetapan ISO 100, manakala rajah di kanan menggunakan ketetapan ISO 3200.

Apabila kita melakukan 'override' kepada tetapan ISO di kamera kita secara spesifik, anda akan dapati ianya turut mempengaruhi 'Aperture' dan 'Shutter speed' yang diperlukan untuk mendapat gambar dengan 'exposure' yang tepat.
Sebagai contoh - sekiranya anda menaikkan nilai ISO 100 kepada ISO 400, anda akan dapati bahawa anda boleh mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih tinggi (lebih cepat) dan/atau menggunakan 'aperture' lebih kecil. Apabila memilih tetapan ISO secara manual, cuba tanya diri anda sendiri mengenai 4 soalan di bawah:
- Cahaya - adakah subjek mendapat cukup cahaya?
- Grain - Adakah anda mahukan gambar dengan noise atau tidak?
- Tripod - Adakah anda menggunakan tripod?
- Pergerakkan - Adakah subjek anda bergerak atau dalam keadaan statik?
Bagaimanapun, sekiranya penataan cahaya tidak baik, mahukan gambar dengan sedikit 'noise' yang tinggi, tidak mempunyai tripod dan/atau subjek anda mempunyai pergerakan - anda seharusnya meninggikan tetapan ISO (mengikut keperluan) agar mendapat dedahan 'exposure' yang mencukupi kerana dengan ISO yang tinggi ia akan membolehkan anda mengambil gambar dengan 'shutter speed' yang lebih pantas.
Namun begitu, anda harus ingat bahawa menggunakan tetapan ISO yang tinggi akan meningkatkan kehadiran 'noise' di dalam gambar anda. Berikut adalah beberapa situasi yang mana memerlukan anda meningkatkan tetapan ISO kepada nilai yang lebih tinggi:
- Indoor Sports - Subjek yang bergerak pantas di samping sumber cahaya yang kurang
- Konsert - Keadaan kekurangan cahaya dan kadangkala larangan penggunaan flash (no flash zone)
- Galeri Seni, Tempat ibadat - Kebanyakan galeri mempunyai peraturan melarang penggunaan flash dan keadaan kekurangan cahaya
- Parti Hari Jadi - Meniup lilin dalam bilik yang gelap mampu memberikan mood gambar yang baik dan akan terjejas jika menggunakan flash. Meningkatkan ISO mampu membantu dalam mendapatkan gambar tersebut.
Bilakah ISO anda dianggap terlalu rendah?
Bagaimanakah anda tahu bahawa ISO anda adalah terlalu rendah? Idea dalam pengunaan ISO adalah dengan menggunakan ISO terendah yang dimiliki oleh kamera anda untuk mendapat kualiti imej yang terbaik, namun menetapkan tetapan ISO yang rendah bermakna shutter speed yang anda perolehi 'berkemungkinan' dianggap terlalu panjang untuk mendapat exposure / dedahan yang tepat.
Sebagai contoh bahawa anda sedang mengambil gambar sukan di mana ianya memerlukan pengunaan shutter speed yang pantas untuk merakamkan aksi tersebut dan anda telah menggunakan aperture terbesar yang tersedia, namun masih mendapat gambar yang kabur. Anda menetapkan ISO kepada ISO 100 untuk mendapatkan kualiti imej terbaik namun shutter speed terpantas yang anda perolehi hanya 1/60s di mana ia dianggap 'kurang pantas'.
Dalam keadaan ini, tetapan ISO inilah yang dikatakan 'ISO dianggap terlalu rendah'. Jika anda menetapkan ISO kepada ISO 200, yang mana masih memberikan anda kualiti imej yang agak baik dan memberikan anda akses kepada shutter speed lebih pantas iaitu 1/125s (sekali ganda lebih pantas daripada shutter speed untuk tetapan ISO 100) dan membolehkan anda untuk 'memberhentikan' aksi tersebut.
No comments:
Post a Comment