Thursday, July 14, 2011

Apa itu filter

Pengenalan

Penggunaan filter dapat menambahkan efek khas kepada lens anda. Memahami bagaimana filter berfungsi akan mampu melengkapkan anda dengan kebolehan untuk mendapatkan gambar 'magik' yang anda mahukan. Kebanyakan lens boleh ditambahkan dengan filter; selalunya dengan jenis screw-in filter pada bahagian hadapan lens. Terdapat juga lens yang hanya boleh dipasangkan dengan filter pada bahagian belakang lens tersebut.

Penggunaan filter dilihat semakin berkurangan dalam zaman digital fotografi kini kerana adalah lebih mudah untuk melakukan perubahan tersebut ketika post-produksi berbanding menggunakan filter ketika sesi mengambil gambar. Walaupun kenyataan ini ada kebenarannya, namun masih terdapat beberapa efek yang tidak boleh dihasilkan ketika proses post-produksi dan di sinilah penggunaan filter memainkan peranan.

Tujuan pengunaan filter
Terdapat beberapa tujuan mengapa sesuatu filter itu digunakan dan di antaranya adalah untuk: meningkat kontrast, mengubah exposure, merakamkan sumber cahaya terwujud atau mengurangkan kesan refleksi/pantulan.

Jenis Filter & Fungsinya

Terdapat beberapa kategori filter untuk lens kamera dan sesetengah daripadanya memberikan kesan berlainan. Berikut adalah jenis lens yang kebanyakannya digunakan oleh jurufoto:

Protective Filter

UV Filter
  • menyerap cahaya Ultraviolet atau cahaya lembayung ungu yang merupakan cahaya yang kelihatan oleh mata manusia.
  • mengurangkan kekaburan, seperti pada permukaan gunung-ganang dan sekitar kawasan persisiran pantai; lalu memberikan gambar yang lebih bersih, jelas dan tajam.
  • Ipelindung tetap kepada lens oleh kebanyakan jurufoto daripada kesan calar, habuk, cuaca atau kemalangan yang tidak diingini jika terjatuh lens.
  • memberikan kesan sampingan secara visual kepada gambar yang diambil

HOYA HMC 72mm UV Filter

Perbezaan ketika menggunakan UV Filter pada lens
  • Sky Filter - Filter ini berfungsi untuk mengurangkan kesan tona kemerah-merahan dalam outdoor fotografi. Ia mengekalkan tona kulit semulajadi dan mengelakkan kesan refleksi dari objek berhampiran subjek. Ia juga turut berguna sebagai pelindung kepada lens.
  • Clear Protector Filter - Filter ini seakan-akan UV filter namun tidak mampu menyerap cahaya UV. Ia merupakan cermin lutsinar yang berfungsi sebagai pelindung kepada kebanyakan lens dari mengalami kerosakan kepada kanta hadapan yang diakibatkan oleh habuk, calar dan objek tajam.
Polarizing Filter
  • Circular Polarizer - Polarizer filter mempunyai banyak kegunaan dan merupakan antara filter kegemaran yang harus dimiliki oleh seorang jurufoto. Kebanyakan polarizer filter berbentuk bulat dan dipanggil Pol-Cir atau CPL filter. Ia sangat penting untuk kegunaan outdoor fotografi kerana ia membantu meningkat contrast & saturation pada langit biru sekaligus mengurangkan kekaburan. Ia akan menggelapkan warna langit sambil mengekalkan warna putih awan. Ia juga dapat mengurangkan/menghilangkan kesan pantulan/refleksi pada permukaan bukan logam seperti cermin atau air. Kedua-dua kesan ini tidak boleh dihasilkan ketika post-produksi seterusnya menjadikan filter ini suatu alat yang berguna kepada jurufoto sehingga ke hari ini. Tahap keberkesanan polarizer ini dipengaruhi dengan memutarkan lapisan luar pada filter ini. Circular Polarizer selalu digunakan bersama dengan kamera yang mempunyai auto fokus.
Kaesemann 62mm Circular Polarizer B+W Coated Glass

Perbezaan - Gambar kiri adalah tanpa penggunaan polarizer
dan gambar kanan menggunakan Polarizer Filter

  • Linear Polarizer - Seperti mana juga circular polarizer, Linear polarizer juga mempunyai fungsi yang sama iaitu meningkatkan contrast & saturation pada langit biru, menghilangkan kesan pantulan/refleksi apda permukaan bukan logam seperti cermin & air. Yang membezakan cara ia berfungsi adalah bagaimana cahaya diserakkan oleh linear polarizer berbanding circular polarizer. Linear Polarizer selalunya digunakan bersama dengan kamera yang tidal mempunyai auto fokus.

Natural Density Filter
  • Natural Density Filter - Neutral Density filter atau ND Filter adalah filter yang digunakan untuk mengawal masa 'exposure'. Filter ini digunakan untuk mengurangkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera (mengurangkan cahaya mengenai sensor) sekaligus membolehkan seorang jurufoto menggunakan kamera dengan tetapan aperture yang besar dalam tempoh masa (shutter speed) yang lama; yang mana mustahil untuk dilakukan pada waktu siang. Sebagai contoh: seorang jurufoto mampu mengambil gambar air terjun dengan kelajuan shutter speed yang perlahan pada waktu siang - tanpa ND filter, kebanyakan lens tidak mampu menggunakan aperture yang cukup kecil untuk mendapatkan masa exposure yang lama. namun dengan ND filter dipasang pada lens, seorang jurufoto boleh menggabungkan kombinasi aperture dan shutter speed yang diingininya. Penggunaan ND filter juga menghilangkan kesan 'terlampau silau' pada gambar. Natural Density filter mempunyai kepekatan 'kesan menghalang cahaya' seperti berikut: dari ND2, ND4, ND8, ND16, ND32, ND64, ND128, ND256, ND512, ND1024, ND2048, ND4096 & ND8192 yang mana turut mempengaruhi akan f-stop cahaya yang masuk ke dalam lens.
Natural Density Filter dalam bentuk circular dan segiempat

ND Filter dapat membantu dalam mengawal masa 'exposure' yang panjang bagi
mendapatkan efek seperti di atas. Exif: EOS 400D | 50mm | f/10 | 30s | ISO 100

  • Graduated Natural Density Filter - Filter ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Natural Density filter yang biasa namun terdapat perbezaan ketara di mana ianya tidak memberikan efek kepada keseluruhan filter. kesan ND adalah secara gradual/ berkurangan dan sangat berguna jika seseorang jurufoto mahu mendapatkan warna langit yang gelap tanpa memberikan kesan kepada foreground. Terdapat dua jenis Graduated ND Filter iaitu Hard Edge & Soft Edge.Graduated ND Filter 'Hard Edge' digunakan jika terdapat perbezaan ketara dalam kecerahan. Sebagai contoh, sebuah padang yang berhorizontal dengan langit yang cerah. Manakala Graduated ND filter 'Soft Edge' digunakan apabila terdapat 'kurangnya' beza ketara antara kawasan yang cerah dengan kawasan yang gelap. Sebagai contoh, Garis permukaan gunung dengan langit. Kebanyakan Graduated ND filter datang dalam bentuk segiempat tepat dan mempunyai pemegang khas untuk meletakkannya di hadapan lens.
Perbezaan antara Soft Edge Graduated ND filter & Hard Edge Graduated ND filter

Contoh Graduated ND Filter dipasang pada kamera
Kesan pengunaan Graduated ND Filter jenis 'Soft Edge'

Special Effect Filter

  • Cross Screen, Soft Screen, Star 4, Star 6, Star 8
  • Closed-up Filter
  • Split Field Filter
  • Special Effect, MultiVision & Mirage Filter
  • Pop Filters Set
  • Rainbow Spot Filter
  • Dual Image Filter
  • Sepia Filter
  • Zoom Spot & Misty Spot Filter
  • Center Spot, Soft Spot & Color Spot Filter
  • Softener Filter
  • Infrared (IR) Pass Filter
  • Intensifier Filter
  • Portrait, Duto, Diffusion & Spot Diffuser Filter
  • Fog A & B Filter
Color Filter
  • Color, Vario PL, Fantasy & Tri Color Filter
  • Half Colored & Gradual Color FilterFL-W, FL-B, FL-D & Special Fluorescent
Warming & Cooling Filter
  • 80A, 80B & 80C Filter
  • 81A, 81B & 81C Filter
  • 82A, 82B & 82C Filter
  • 85A, 85B & 85C Filter
Aksesori berkaitan
  • Adapter Ring
  • Adapter Tubes
  • Conversion Ring & Conversion Adapter
  • Lens Caps
  • Rear Lens Cap & Body Cap
  • Macro Reversing Lens Ring
  • Empty Camera Filter Ring
  • Filter Stackers
  • Filter Wallets & Lens Pen
  • Lens Hood
  • Spacer Rings
  • Camera Cords

No comments: