Tugasan Isl 10
1.
Cari
nota tambahan berhubung kait dengan aspek penilaian aktiviti bahasa seperti
forum, debat, pidato, pantun, sajak, ceramah, syarahan dalam bentuk brosur,
power point, atau yang sesuai.
2.
Buat
nota ringkas tentang tajuk tersebut
3.
Sangkutkannya
di laman web pembelajaran masing- masing.
SYARAHAN
1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
PANTUN
Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang
bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam
bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa
tersirat.
Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa
maksud “umpama” dan “ibarat”
Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun
berkembang.
Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8
baris.
CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan
masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham
SAJAK
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih
bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan
sajak.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan
terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
CERAMAH
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu
disampaikan oleh orang yang pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi
perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di
perhimpunan.
Jenis-jenis ceramah :
Ceramah agama
Ceramah pendidikan
Ceramah kesihatan
Ceramah kesedaran dan sebagainya
FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan
beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan
yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung
untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas,
objektif, kreatif dan rasional.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa
dan selepas aktiviti.
Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh
diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.
DEBAT
Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau
membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat
masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk
perdebatan dan pihak kedua sebaliknya.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada
fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan
fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan
didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak
dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan
meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan.
Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan
membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan
kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan.
Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.
PIDATO
Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan
fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan
hujah-hujah di depan pemidato.
Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya
menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan
fakta yang diketengahkan.
Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh
kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.
No comments:
Post a Comment