Tugasan Isl 11
1.
Buat
bacaan lanjut tentang penilaian pengalaman pembelajaran
i.
Ciri
dan definisi penilaian pengalaman pembelajaran
ii.
Prosedur
dan prinsip pelaksanaan
iii.
Instrument
penilaian
2.
Buat
nota ringkas tentang tajuk tersebut.
3.
Sangkutkannya
di laman web pembelajaran masing- masing.
DEFINISI
Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh
informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan
mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.
Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan
tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa
penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur
keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk
mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh
tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai
oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
KAEDAH
JIGSAW
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang
dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif
(Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang
dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan lima
perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
KRITIKAN
TERBUKA
·
Kritikan
terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan
kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara
rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
·
Pelajar
akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar
sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi.
·
Pelajar
akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara,
keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum
balas terhadap soalan yang diterima.
·
Komen
dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
·
Dengan
adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif
di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan
kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.
PENILAIAN
RAKAN KUMPULAN
·
Penilaian
rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai
alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam
kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek
tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al.
2000).
·
Antara
aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara
berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini
amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman
et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang
terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan
kerja kursus tersebut.
·
Oleh
itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain
dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai
penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu
rakan-rakan mereka.
No comments:
Post a Comment