Friday, October 19, 2012

MINGGU 3 (AMALI 5)



1.    Secara berkumpulan, bina alatan penilaian berikut ;
i.              Ujian kefasihan
ii.            Ujian kemajuan
iii.           Ujian bakat
______________________________________________________________________
Contoh Alatan Penilaian Ujian Kefasihan.
Pertamanya, guru akan menyediakan sebuah teks sebagai bahan atau alkatan penilaian. Kemudiannya guru mengkehendaki murid-murid secara individu membaca teks tersebut secara mekanis atau bersuara. Guru akan membuat penilaian dengan memberi fokus kepada aspek kefasihan.
Contoh bahan petikan untuk menguji kefasihan.
Sang Merak Sudah Insaf
            Sang Kancil tinggal di sebuah hutan berdekatan dengan sebuah gunung. Sang kancil merupakan seekor binatang yang cerdik. Sang Kancil juga dihormati oleh haiwan lain kerana sikap Sang Kancil yang suka membantu haiwan dalam kesusahan.
            Di dalam hutan itu juga tinggal seekor burung merak yang sangat sombong. Sang Merak bersikap sombong sebab merasakan dirinya lebih cantik kerna memiliki bulu-bulu yang berwarna-warni. Sang Merak tidak suka berkawan dengan haiwan di dalam hutan itu.
            Pada suatu hari, Sang Kancil memanggil semua haiwan di dalam hutan itu berkumpul di tepi nbatang sungai. Tujuan Sang Kancil meminta semua haiwan berkumpul kerana Sang kancil hendak menyampaikan sesuatu perkaara yang penting.
            Pada mulanya, Sang Merak tidak mahu menghadiri perjumpaan itu. Sang Merak tidak berminat untuk mendengar perkara yang disampaikan oleh Sang Kancil itu. Sang Merak beranggapan perkara yang disampaikan tidakla begitu penting. Namun setelah dipujuk oleh haiwan yang lain, akhirnya Sang Merak datang juga untuk menghadiri perjumpaan tersebut.
            Dalam perjumpaan itu, Sang Kancil meminta semua haiwan mengumpulkan makanan. Makanan yang handak dikumpulkan itu terdiri daripada buah-buahan dan beberapa jenis tumbuhan. Tujuan pengumpulan itu diadakan kerana musim kemarau akan tiba tidak lama lagi.
            Semua haiwan bersetuju dengan arahan Sang Kancil itu kecuali Sang Merak. Sang Merak tidak berminat untuk mencari makanan dan mengumpul makanan di tempat tinggal Sang Kancil.
            Tidak berapa kemudian, musim kemarau pun tiba. Tanah menjadi kering. Daun-daun berguguran dari pokok. Pokok buah-buahan tidak lagi mengeluarkan buah. Semua haiwan berasa lapar. Mereka berada di tempat tinggal Sang Kancil. Sang Kancil mengagihkan makanan yang telah dikumpulkan oleh mereka dahulu.
            Sang Merak juga berasa lapar. Sang Merak teringat makanan yang telah dikumpulkan oleh Sang Kancil dan haiwan-haiwan yang lain. Sang Merak berjumpa dengan Sang Kancil dan meminta maaf atas sikap sombongnya. Sang Merak meminta sedikit makanan daripada Sang Kancil.

 Contoh Alatan Penilaian Ujian Kemajuan

Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang kongkrit dan ia memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Lazimnya, ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambar dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertaspensel.
Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta pelajar membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan. Mereka juga boleh diminta untuk menjalankan uji kaji kecil dengan menggunakan radas tertentu.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat daripada pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa pelajar melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti.
Manakala melalui laporan kendiri, pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya. Selain menguji pelajar-pelajar biasa, ujian prestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji prestasi pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah diuji menggunakan objek yang konkrit daripada menggunakan penulisan atau pertuturan.

Antara contoh aktiviti yang boleh guru hasilkan bagi melaksanakan ujian kemajuan ini ialah:

1.    Mengekehendaki pelajar membina atau menyusun semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberikan oleh guru.
Bagi aktiviti 1, guru akan membuat penilaian mengenai kemampuan murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun tugasan yang diberikan kepada mereka. Guru akan membuat pemerhatian sama ada murid mampu atau berjaya untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 

2.    Mengkehendaki murid untuk bertutur atau bercerita secara lisan berdasarkan gambar sebagai bahan rangsangan yang guru sediakan.
Bagi aktiviti 2 pula, guru akan membuat penilaian serta memfokuskan kepada kemahiran lisan murid-murid. Dalam konteks ini, guru akan menilai murid sari aspek petuturan yang terdiri daripada kefasihan, intonasi, nada, sebutan, mora, dan kejelasan.

 Contoh Alatan Penilaian Ujian Bakat
            Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membua telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Ujian bakat juga boleh digunakan untuk tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.
            Antara salah satu tujuan ujian bakat dijalankan adalah untuk mengelompokkan atau mengumpulkan individu kumpulan tertentu mengikut kebolehannya. Dalam konteks ini, ujian dijalankan bagi mengenalpasti individu yang mempunyai tahap pencapaian atau kepandaian yang berbeza dan akan dikumpulkan dalam kumpulan yang sama mengikut aras pencapaian ataupun kepandaian mereka.
            Bagi aktiviti ini, saya akan menggunakan kemahiran menulis sebagai bahan penilaian bagi penilaian ujian bakat. Dalam konteks ini, saya ingin mengetengahkan keistimewaan yang murid-murid miliki dalam kemahiran menulis ataupun penulisan. Setiap individu mempunyai tahap pencapaian yang berbeza termasuklah dalam kemahiran penulisan. Kemahiran menulis juga merupakan salah satu item yang penting dalam ujian bakat. Setelah ujian dijalankan guru akan mengelompokkan murid mengikut tahap pencapaian penulisan. Murid yang mampu menulis dengan baik menggunakan penanda wacana dengan betul dan mempu mengolah ayat akan dikelompokkan dalam satu kumpulan dan begitu juga sebaliknya.         
            Di sini saya menyediakan beberapa contoh tajuk penulisan yang boleh guru jadikan sebagai alat untuk ujian bakat.

Contoh-contoh bahan ujian.
1.    Bincangkan amalan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan.
2.    Pada cuti penggal yang lalu, kamu membantu pak cik kamu di kebun sayurnya. Tuliskan pengalaman kamu.
3.    Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk, “Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri”.

No comments: