1. Secara individu, buat penilaian kendiri tentang kekuatan
dan kelemahan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Penilaian Berasaskan
Sekolah.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )
Tarikh : 7 April 2011
Masa : 60 minit
Tahun : 2 Ihsan
Mata Pelajaran : Bahasa
Melayu
Tajuk :
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat ;
1. Bercerita mengenai keluarga mereka menggunakan ayat yang
sempurna
2. Membaca sekurang-kurangnya 10 ayat berdasarkan petikan
yang mengandungi17 ayat
3. Menulis karangan pendek sekurang-kurangnya lima ayat
berpandukan isi-isi yang telah diberikan.
HASIL PEMBELAJARAN:
Fokus utama
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan ayat, sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
i.
Berbual tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
Fokus Sampingan
5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
ii.
Membaca ayat dalam
teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek.
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan
puisi) termasuk emel yang mudah, menarik dan bermakna.
Aras 3
i.
Menulis karangan
berpandukan isi-isi yang diberikan
Kemahiran Bahasa : mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa
·
Morfologi :
i.
Bentuk kata – Kata
Tunggal
Pengisian Kurikulum
·
Ilmu :
teknologi dan moral
·
Nilai :
bekerjasama / rasional / berani / menghargai
dan menyayangi keluarga.
·
Kemahiran Bernilai
Tambah: kemahiran berfikir ; membuat keputusan
Kecerdasan
Pelbagai ; interpersonal, verbal
Linguistik
Pengetahuan sedia ada : Pelajar
sudah tahu membina ayat tunggal.
Bahan bantu mengajar : Video,
buku latihan dan buku teks.
Langkah /
Masa
|
Isi Pelajaran/ Tajuk
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Guru
|
Murid
|
|||
Set Induksi
( 5 minit )
|
Nyanyian
lagu “ Sayang semua”
Satu, satu sayang-sayang ibu,
Dua, dua, sayang-sayang ayah,
Tiga,tiga, sayang adik kakak,
Satu, dua, tiga, sayang semuanya.
|
1.Guru
memainkan lagu Sayang Semua dan menayangkan liriknya menggunakan komputer dan
LCD.
2.Guru
meminta murid-murid untuk menyanyikan lagu tersebut.
|
1.Murid
memberikan perhatian pada tayangan di hadapan.
2.Murid
menyanyikan lagu Sayang Semua bersama-sama.
|
Lagu
Sayang Semua.
|
Langkah 1
( 20 minit )
Lisan
|
Guru
menayangkan sebuah video yang berkaitan dengan keluarga.
Guru
mengaitkan tajuk pelajaran hari ini:
Kenali
Keluarga Saya
1.1 Apakah yang
dapat kamu lihat dalam video tersebut?
- Sebuah
keluarga
1.2 Siapakan yang
terdapat dalam keluarga kamu?
- Ayah
- Ibu
- Kakak
- Abang
- Adik
1.3 Berapakah
jumlah ahli keluarga kamu?
- Tiga, empat,
lima dll.
1.4 Awak anak yang
ke berapa dalam keluarga?
- Kedua, ketiga,
keempat dll.
|
1.Guru
menayangkan video yang berkaitan
2.
Guru bertanya perihal video kepada murid
3.
Guru bertanyakan beberapa soalan berkaitan keluarga kepada murid.
4.Guru
meminta beberapa orang murid untuk bercerita tentang keluarga masing-masing.
5.Guru
membuat rumusan
4.
|
1.Murid
duduk dalam keadaan bersedia dan memberikan perhatian kepada video yang akan
ditayangkan.
2.
Murid dikehendaki untuk bercerita kandungan video tersebut.
3.
Murid menjawab pertanyaan guru tentang apa yang terdapat dalam video
tersebut.
4.Beberapa
orang murid berdiri di hadapan kelas untuk bercerita tentang keluarga
masing-masing.
|
Video
BBM:
gambar keluarga
Nilai:
rasional
KBT:
Kemahiran
berfikir kritis
Kecerdasan
pelbagai:
Interpersonal
/ verbal linguistik
Penilaian
objektif 1:
Berbual
tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yabg sesuai.
|
Langkah 2
( 10 minit )
Membaca
|
Membaca
petikan mudah berdasarkan teks:
Rujuk
lampiran
|
1.Guru
mengedarkan petikan Kenali Keluarga Saya.
2.Guru
meminta murid membaca dengan intonasi yang betul.
3.Guru
meminta murid melakonkan watak dalam petikan dialog Kenali Keluarga Saya.
|
1.Beberapa
orang murid diminta membaca petikan mengikut watak yang telah diberikan.
2.Beberapa
orang murid dipilih untuk melakonkan watak dalam petikan dialog dengan
intonasi yang betul.
|
Bahan
Bantu Mengajar:
Petikan
Nilai:
Berani
/ Kerjasama
KB :
Membuat
keputusan
|
Langkah 3
( 15 minit )
Menulis
|
Menulis
karangan pendek keluarga saya.
i.
Saya ada sebuah keluarga yang bahagia.
ii.
Keluarga saya terdiri daripada ayah, ibu, abang,
kakak dan adik.
iii.
Ayah saya bernama _____
iv.
Ibu saya bernama _____
v.
Abang saya bernama _____
vi.
Kakak saya bernama _____
vii.
Adik saya bernama _____
|
1.Guru
mengarah murid untuk mengeluarkan buku latihan karangan.
2.Setiap
murid diarah untuk membuat sebuah karangan bertajuk ‘Keluarga Saya’
3.Guru
akan memberikan isi-isi penting kepada semua murid untuk membuat karangan
pendek.
4.Guru
memberikan 2 ayat pertama untuk dijadikan sebagai pendahuluan.
5.Guru
memberikan bimbingan kepada murid-murid tentang isi karangan.
|
1.Murid
mengeluarkan buku latihan karangan masing-masing.
2.Murid
menulis sebuah karangan yang bertajuk “Keluarga Saya”
3.Setiap
murid akan membuat karangan pendek berdasarkan isi-isi yang diberikan oleh
guru.
4.Murid
menyalin ayat pertama yang diberikan oleh guru.
5.Setiap
murid akan membuat karangan mereka di dalam buku latihan.
|
Nilai:
Rasional
KBT:
Konstruktivisme
Kemahiran
berfikir kritis / bekerjasama
Penilaian
Objektif 3 : membuat karangan pendek.
|
Langkah 4
( 7 minit )
Pemulihan / pengayaan
|
Pemulihan
:
Menyalin
Ayat Tunggal
Pengayaan
:
Membina
ayat tunggal
|
1.Guru
meminta murid menyalin kata tunggal yang terdapat dalam petikan 2.
Rujuk
Lampiran
1.Guru
meminta murid membina 1 ayat tunggal berdasarkan ayat tunggal dari kata
tunggal yang diperoleh daripada petikan 2.
|
1.Murid menyalin kata tunggal yang terdapat dalam
petikan 2.
1.
Murid membina 1 ayat tunggal berdasarkan ayat tunggal dari kata tunggal yang
diperoleh daripada petikan 2.
|
KB:
membuat keputusan
KP:
intrapersonal
|
Penutup
( 3 minit )
|
- Kognitif
Rumusan
guru;
i.
Setiap individu mempunyai keluarga
ii.
Namun terdapat individu yang tidak mempunyai
keluarga
iii.
Sayangi keluarga anda
|
1.Guru
membuat rumusan isi pelajaran
|
1.Murid
memberi maklum balas tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.
|
Nilai
:
Sayang
keluarga
|
Penilaian Kendiri
Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) di atas terkandung aktiviti terdapat pelbagai aktiviti bahasa
telah dirancangkan. Antara aktiviti bahasa yang telah dirancangkan ialah
aktiviti lisan, aktiviti membaca, aktiviti menulis dan aktiviti pemulihan dan
penggayaan. Aktiviti lisan yang dinyatakan di atas ialah, murid bercerita
tentang keluarga masing-masing dengan bantuan teknik soal jawab oleh. Dengan
aktiviti ini guru dapat melatih tahap komunikasi murid melalui soalan yang
diajukan kepada murid. Di samping itu, aktiviti ini dapat melatih murid untuk
mengeluarkan idea berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.
Selain itu, aktiviti membaca yang telah dirancangkan
ialah, guru mengedarkan petikan mengenai “Kenali Keluarga Saya”. Guru meminta
murid untuk membaca petikan tersebut secara mekanis pada awalnya dengan
bimbingan guru. Selepas itu, guru meminta murid untuk membaca petikan tersebut
tanpa bimbingan guru. Tujuan guru berbuat demikian ialah, guru membuat
penilaian terhadap murid mengenai aspek bacaan seperti intonasi, sebutan dan
sebagainya. Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan membetulkannya segera.
Kemudian, guru meminta murid untuk mengenalpasti isi utama petikan tersebut.
Kesannya ialah, supaya murid dapat memahami maksud petikan tersebut.
Bagi aktiviti menulis pula ialah, guru menyediakan
beberapa ayat kepada murid. Guru meminta murid untuk menghasilkan karangan
ringkas menggunakan ayat-ayat tunggal yang disediakan. Hasilnya ialah, guru
dapat melatih murid-murid menulis beberapa ayat tunggal di samping melatih
struktur ayat yang dihasilkan. Murid yang tidak dapat menguasai pengajaran
dengan sepenuhnya akan diberikan pemulihan supaya dapat memahami topik yang
diajar dan murid yang faham akan diberikan penggayaan untuk memantapkan lagi
kefahaman mereka dengan memberikan latihan yang lebih kepada mereka.
Kekuatan Dan Kelemahan Dalam
Aktiviti P&P
Jadual dibawah menunjukkan beberapa kelemahan dan kekuatan dalam aktiviti
P&P.
BIL
|
AKTIVITI
|
KEKUATAN
|
KELEMAHAN
|
1.
|
Lisan
|
- Guru dapat melatih kemahiran lisan murid dengan
berkesan melalui soal jawab.
- Penggunaan bahan bantu mengajar seperti gambar dapat
menarik perhatian pelajar.
- Melatih keyakinan murid supaya yakin apabila bertutur.
|
-
Tidak
semua murid berpeluang untuk menjawab soalan daripada guru.
-
Tahap
pemikiran murid berbeza-beza dan menyebabkan aktiviti ini menjadi tidak
seronok bagi murid yang lemah.
|
2.
|
Membaca
|
- - Guru dapat melatih sebutan murid dengan berkesan
melalui bacaan mekanis.
- - Dapat melatih murid untuk mencari isi penting dalam
petikan.
- - dapat memantapkan kefahaman murid melalui aktiviti
mencari isi penting yang terdapat dalam petikan.
|
-
Penggunaan
bahan bantu belajar yang tidak menyeronokkan.
-
Tidak
semua murid dapat mencari isi penting tanpa bimbingan guru.
-
guru
sukar mencari kesalahan dari aspek bacaan kerana guru hanya melatih bacaan
mekanis secara kumpulan dan tidak meminta semua murid untuk membaca mekanis.
|
3.
|
Menulis
|
-
guru
dapat melatih murid untuk menguasai ayat tunggal.
-
Melatih
kemahiran membina ayat
|
-
Penggunaan
bahan bantu belajar yang kurang menarik.
-
Tahap
kognitif pelajar berbeza, guru seharusnya memberikan perkataan yang mudah
supaya murid yang lemah dapat mengikuti pengajaran.
|
No comments:
Post a Comment