1. Secara berkumpulan 4 orang, anda dikehendaki membuat
penilaian pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah.
2. Penilaian anda hendaklah mengandungi pekara berikut ;
a. Pengalaman baharu yang diperoleh di dalam bilik darjah
b. Cadangan meningkatkan pembelajaran dalam bilik darjah.
Jenis pengalaman pembelajaran di bilik darjah yang
dijalankan ialah Kritikan Terbuka. Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan
awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai
memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih
secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. Pelajar
akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar
sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa
ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang
diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan
kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa,
penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel
akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan
adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif
di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan
kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.
Bagi
aktiviti ini, tema yang diajar ialah berkenaan kesedaran masyarakat terhadap
alam sekitar. Sebelum kritikan terbuka dijalankan, guru terlebih dahulu
mengemukakan beberapa soalan seperti :
1) Apakah
maksud alam sekitar?
2) Bagaimanakah
cara anda memelihara alam sekitar?
3) Apakah
kesannya sekiranya kita tidak memelihara alam sekitar?
4) Jelaskan
langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pengalaman baharu yang diperoleh di dalam
bilik darjah
- Murid-murid akan memperoleh idea secara konstruktivisme
di mana penjanaan atau pembinaan pengetahuan berlaku. Ini boleh berlaku dengan
adanya rangsangan soalan daripada guru.
- Murid-murid bebas memberikan idea. Hal ini bukan sahaja
menyumbangkan perkongsian maklumat kepada murid-murid lain bahkan meningkatkan
keyakinan diri mereka dalam memberikan pendapat atau hujah.
Cadangan meningkatkan pembelajaran dalam
bilik darjah
- Guru menggunakan bahan bantu belajar yang bersifat
interaktif bagi menarik minat murid-murid
- Guru menjalankan aktiviti yang memerlukan murid-murid
bergerak dalam kumpulan agar ilmu pengetahuan boleh dikongsikan bersama dan
bercambah.
Murid-murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis gaya
pembelajaran seperti konstruktivisme, kontekstual, belajar cara belajar dan
sebagainya yang membolehkan mereka belajar secara progresif.
No comments:
Post a Comment