Monday, October 22, 2012

ISL 8 (MINGGU 5)


Tugasan Isl 8
1.    Buat bacaan lanjut tentang kaedah penilaian bahasa berikut ;
i.              Penilaian Melalui Projek
ii.            Penilaian Melalui Kertas Kerja
2.    Sangkutkannya di laman web pembelajaran masing-masing.

Penilaian Melalui Projek
Projek ialah satu akiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibakan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali, tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar (Wiggins, 1989).
Tujuan Pembelajaran Projek
ü  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab
ü  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
ü  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
Ciri-ciri Penilaian Projek
ü  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
ü  Jangka masa yang panjang
ü  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
ü  Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar
ü  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan
ü  Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu
ü  Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
ü  Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentukkan sesuatu
ü  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu
ü  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
Jenis-jenis Penilaian Projek
ü  Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis
ü  Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model
ü  Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi
ü  Tugasan prestasi – drama,lakonan, persembahan, poster atau model.
Langkah-langkah untuk Menjalankan Projek
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop projek
Langkah 2 : Penilaian awal projek
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi
Langkah 4 : Pemprosesan maklumat
Langkah 5 : Penilaian hasil projek

Penilaian Melalui Kertas Kerja
Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatatkan atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Draf kertas kerja perlu diserahkan terlebih dahulu kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya.
Terdapat dua ciri umum kertas kerja iaitu Kertas Kerja Seminar dan Kertas Kerja Projek atau Kajian.
Sebelum kertas kerja ditulis, penulis perlu melaksanakan tindakan-tindakan berikut :
1)    Mengenal pasti audien sasaran
ü  Audien ialah khalayak langsung dan serta merta
ü  Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu
ü  Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan sasar sebelum menulis kertas kerja berkaitan

2)    Mengenal pasti bentuk penulisan
ü  Pastikan kertas kerja  itu untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan  baharu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk tinjauan
ü  Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk deskriptif
ü  Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terperinci terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk penjelasan
ü  Tentukan kertas kerja itu mencadangkan tindakan-tindakan tertentu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk rumusan.


3)    Mengenal pasti bahasa yang digunakan
ü  Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan
ü  Penulis juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik :
a)    Keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus
b)    Kebolehbacaan iaitu perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien
c)    Memenuhi kehendak pembaca iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas

4)    Mengenal pasti teknik penulisan
ü  Ditaip langkau 2 baris
ü  Petikan-petikan yang melebihi 2 baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau 1 baris
ü  Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan

5)    Mengenal pasti bahagian-bahagian kertas kerja
ü  Bahagian sinopsis merupakan ringkasan atau abstrak bagi kertas kerja. Bahagian ini penting untuk memberikan gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi 200 patah perkataan
ü  Bahagian pengenalan merupakan mukadimah, iaitu bahagian yang menerangkan latar belakang terhadap kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi 2 muka surat
ü  Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil
ü  Bahagian penutup memuatkan (rumusan atau saranan) jika ada dan ringkasan kertas kerja berkaitan
ü  Lampiran meliputi bibliografi, gambar rajah, glosari dan sebagainya.

No comments: