1. Secara berkumpulan, bina instrument bagi penilaian
berikut ;
i.
Penilaian portfolio
ii.
Pemerhatian
2. Bentangkan hasil kerja kumpulan anda
______________________________________________________________________
INSTRUMEN
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
Penilaian terhadap portfolio pelajar boleh dibina menggunakan jadual
senarai semak yang dibina oleh guru. Perkara- perkara yang menjadi bahan
penilaian guru adalah bergantung kepada pemilihan guru itu sendiri.
Kriteria-kriteria yang dirasakan memenuhi kehendak portfolio yang diinginkan
oleh guru perlu diisikan dalam senarai semak tersebut.
Contoh instrumen yang boleh dibina ialah seperti yang berikut:
Senarai Semak Penilaian Tingkah Laku
Pelajar Dalam Pembinaan Portfolio:
Tajuk portfolio: Bahasa Melayu
Pemahaman
|
||||
Kriteria tingkah laku murid
|
Murid 1
Contoh:
Ahmad
|
Murid 2
Abu
|
Murid 3
Saniah
|
Murid 4
Johar
|
1. Mempunyai kerjasama yang erat dengan murid-murid yang
lain
|
|
|
|
|
2. Mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
|
|
|
|
|
3. Selalu memberi idea ketika sesuatu sesi perbincangan
|
|
|
|
|
4. Melakukan perbincangan bersama rakan-rakan dalam
membina portfolio
|
|
|
|
|
5. Mempunyai kekemasan dan ciri-ciri estetika dalam
menyiapkan portfolio
|
|
|
|
|
JUMLAH
MARKAH KESELURUHAN
|
|
|
|
|
Skala pengukuran pemberian mata atau markah atau skor untuk murid.
Skor
|
Perlakuan
|
4
|
Saya telah memilih/
mengumpul bahan penting dan boleh membantu menghasilkan tugasan berkualiti.
|
3
|
Saya memilih/
mengumpul bahan penting dan boleh membantu saya melaksanakan tugasan.
|
2
|
Saya telah memilih/mengumpul
bahan yang kurang penting tetapi masih boleh digunakan untuk melaksana
tugasan.
|
1
|
Saya tidak dapat
mencari/mengumpulan bahan yang boleh membantu saya melaksanakan tugasan.
|
Senarai semak di atas adalah contoh bagi instrumen penilaian untuk
portfolio bahasa melayu pemahaman. Senarai semak berikut adalah untuk menilai
sikap dan tingkah laku murid dalam penyediaan portfolio. Kriteria-kriteria yang
di rasakan dapat memenuhi tahap kualiti portfolio murid dinyatakan sebagai
kriteria pengukuran.
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan
strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah:
- Dilaksanakan
secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang
- Menggunakan
instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi
aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
- Dilaksanakan
secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
- Tindakan
susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
- Jangka
masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan
Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Dibuat Melalui
Pemerhatian
Arahan: Catatkan
"Ya" sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang dinilai
Bil
|
Kriteria Tingkah Laku Kerjasma
|
|
1.
|
Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti kumpulan yang dijadualkan
|
|
2.
|
Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)
|
|
3.
|
Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan
|
|
4.
|
Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan
|
|
5.
|
Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan
|
|
6.
|
Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan
|
|
7.
|
Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat
|
|
8.
|
Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli
kumpulan
|
|
9.
|
Membantu menyelesaikan masalah kumpulan
|
|
10.
|
Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan
|
|
11.
|
Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan
|
|
12.
|
Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya
|
|
No comments:
Post a Comment