Tugasan Isl 5
1.
Buat
nota ringkas tentang ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian
kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian.
2. Sangkutkannya di laman web pembelajaran
masing-masing.
Penilaian Formatif
·
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
·
Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai
setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru
seterusnya.
·
Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis.
·
Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif
dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran
berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
·
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
·
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat
sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit
pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
·
Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa mengenai
tujuan penilain formatif iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan
masalah yang dihadapi oleh pelajar. Maklumat yang diperoleh seharusnya terus
digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada
kelemahan ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang akhirnya membantu mempertingkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
·
Bagi memastikan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut perlu
diberi perhatian oleh guru :
-
menentukan tajuk pengajaran
-
menentukan aspek penguasaan
-
menghubungkait elemen-elemen dalam tajuk
-
membina soalan ujian
-
mencadangkan tindakan susulan
Penilaian Sumatif
·
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar
dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus.
Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian
sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya
lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki
kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.
·
Secara am, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar
meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka. Gred yang
diperoleh boleh digunakan untuk membuat perbandingan pencapaian dikalangan
pelajar. penilaian suamtif juga dapat dijadikan petunjuk samada pelajar akan
berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.
·
Bagi memastikan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diambil
semasa menggubal ujian:
-
membentuk jadual penentu ujian
-
membina soalan
-
mengumpul soalan secara sistematik
-
menguji soalan melalui kajian rintis
-
menyiapkan skema pemarkahan
Ujian Pencapaian
·
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa
yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian
bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan
psikomotor.
·
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu
unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangka
masa yang boleh ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang
berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra atau ujian pos.
Ujian Kecerdasan
·
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara
luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap
intelektual am seseorang individu.
Ujian Prestasi
·
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman
dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian.
Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan
mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada
kurikulum yang diajar.
·
Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki
pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan
kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka.
·
Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar.
Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan
memenuhi kehendak soalan ujian.
Ujian Kefasihan
·
Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang telah
mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
·
Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan
pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan
·
Ujian ini menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang
pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment